A Note From Heaven

19 Hadist Rasullah SAW Mengenai Wanita

  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat
    daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
    jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang
    penyayang tidak akan sia-sia".

 

  1. Apabila
    seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
    beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap
    hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

 

  1. Apabila
    seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan
    baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

 

  1. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

 

  1. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

 

  1. Apabila
    semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah
    memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk
    membela agama Allah.

 

  1. Barangsiapa
    yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
    sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,
    akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

 

  1. Barangsiapa
    membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan
    kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
    Hendaklah
    mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang
    menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi
    Ismail.

 

  1. Tiap
    perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
    memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000
    tahun).

 

  1. Perempuan
    apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara
    kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
    mana sahaja yang dikehendaki.

 

  1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

 

  1. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

 

  1. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

 

  1. Wanita
    yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara,
    malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya
    selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan
    puasanya.

 

  1. Wanita
    yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka
    dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
    kehendaki dengan tidak dihisab.

 

  1. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

 

  1. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

 

  1. Barangsiapa
    mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
    perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
    pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
    serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

 

   19. Daripada
Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak 
perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka.

Source:http://buikid-online.blogs.friendster.com

3 Responses to “A Note From Heaven”

  1. Luki Says:

    dengan kelebihan wanita yang seperti itu, seharusnya wanita tidak menjadi penghuni terbanyak di neraka. ask ourselves why.

  2. ' -Riski- ' Says:

    Karena di neraka banyak cowok cakepnya :D

  3. joely Says:

    kebanyakan nggosip paling

Leave a Reply